On Tuesday, 23 April 2013
Apa Itu 5S?
Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu
dan Shitsuke adalah perkataan Jepun yang membawa maksud Sisih, Susun, Sapu,
Seragam dan Sentiasa Praktik ini diringkaskan menjadi 5S agar ia lebih mudah
disebut dan seringkas penggunaannya. Walaupun ringkas, manfaat dari hasil
penggunaannya terserlah dengan gaya kerja yang sistematik. Bermula dengan
aktiviti 5S dan seterusnya mengamalkannya dengan penggunaan kaedah dan teknik
kawalan kualiti, sesebuah organisasi akan mampu mengekal, menambahbaik dan
meningkatkan kualiti kerja.
Sisih (Seiri)
Sisih atau mengasing adalah satu
proses kerja mengasing barangan yang perlu daripada sekumpulan barangan yang
tidak diperlukan di tempat kerja. Ia adalah proses menentukan barang-barang
atau peralatan yang diperlukan atau tidak diperlukan. Proses pengasingan ini
membantu dalam menentukan barangan yang mungkin tidak diperlukan sekarang tapi
boleh digunakan pada masa hadapan dan peralatan haruslah disimpan di tempat
simpanan yang sesuai.
Susun (Seiton)
Menyusun dan melabel dilakukan
setelah kesemua barangan yang tidak diperlukan diasingkan. Ini dilakukan
bertujuan memudahkan penggunaan dan penyimpanan. Susunan barangan dilakukan
mengikut kumpulan yang sama. Dengan berbuat demikian, ia akan membantu
mempercepatkan proses kerja bagi mendapatkan barang tersebut apabila diperlukan
kelak. Tujuan utama menyusun untuk menjimatkan ruang nampak lebih kemas dan
teratur dan memudahkan proses mencari pada masa akan datang.
Sapu (Seiso)
Kebanyakan pekerja akan merasa
lebih selesa apabila bekerja dalam persekitaran yang bersih dan segar. Selain
dari meningkatkan efisien kerja, menyapu juga boleh mempertingkatkan tahap
keselamatan di tempat kerja dan peralatan yang digunakan. Ia bertujuan untuk
menghilangkan habuk atau kekotoran yang melekat di lantai, mesin di tempat
kerja atau barang-barang yang telah disisih dan disusun. Satu senarai semak
hendaklah diletakkan untuk menjadi panduan kepada pekerja tentang apa yang
harus dilakukan pada masa akan datang dalam aktiviti ini.
Seragam (Seiketsu)
Seragam hanya dapat dilakukan
setelah aktiviti sisih, susun, dan sapu telah disempurnakan. Seragam atau
mengekalkan kebersihan tempat kerja pada tahap asal adalah penting agar segala
usaha yang dilakukan dalam tiga aktiviti terdahulu tidak menjadi sia-sia.
Aktiviti yang dilakukan sendiri oleh kakitangan akan menyemai sifat kekitaan
dan cintakan kebersihan di tempat kerja. Justeru, kakitangan akan sentiasa
memastikan dan mengekalkan kebersihan tempat kerja mereka.
Sentiasa Amalkan (Shitsuke)
Setiap pekerja perlu faham,
patuh, berusaha dan mengamalkan penjagaan kebersihan organisasi serta tempat
kerja. Amalan kebersihan memang dituntut oleh semua masyarakat dan juga agama.
Walau apa pun situasi kita, memang tidak dapat dinafikan amalan kebersihan
merupakan titik tolak untuk menjelmakan peribadi yang mulia. Amalan ini dapat
disemai dalam diri individu dengan memberi tunjuk ajar menerusi program latihan
secara berkala dan mengamalkan budaya nasihat-menasihati.
Testing Comment Done!
ReplyDeleteTesting again :d
ReplyDeleteIye lah tu, testing lah sangat! Lol.. :p
Delete