Dalam menjayakan matlamat menjadikan sesebuah organisasi yang mengamalkan 5S, pastinya banyak rintangan yang berlaku. Amalan 5S adalah melibatkan wang ringgit, dan semestinya buah fikiran individu  dalam kumpulan.

Pertelingkahan, salah faham dan kurang penyertaan daripada ahli boleh menjejaskan kelancaran program ini. Video dibawah menerangkan bagaimana menjadikan latihan 5S lebih menarik.


Semoga bermanfaat.


Pagi ini saya terbaca mengenai satu tulisan menarik tentang 'Sejarah Kewujudan 5S'. Tulisan yang di 'uploaded' oleh En Thanesh dari Pejabat Pendidikan Segamat ini, menambahkan lagi kesah sejarah 5S. Sebelum ini saya terbaca sejarah 5S dikaitkan dengan 'waste-management'. Kini dengan semakin berkembangnya 5S maka semakin ramai yang ingin tahu apa sebenarnya sejarah 5S.

SEJARAH KEWUJUDAN 5S

Amalan 5S telah wujud sekitar 60 tahun yang lalu. Diasaskan oleh M.Nakatshugawa, konsep ini diasaskan bersempena dengan nilai-nila yang telahdiamalkan oleh suri rumah di Negara Jepun. Melihat kepada keadaan rumah dinegara Jepun, kebanyakkan daripada rumah di sana adalah bersaiz kecil dimana ruang tamu akan dijadikan tempat berjumpa dengan rakan taulan pada siang hari, manakala pada sebelah malam, ruang tamu itu akan menjadi tempat tidur. 

Atas alasan ruang yang sempit, maka suri rumah di Negara Jepun perlu mengamalkan dua konsep iaitu sisih barangan jika tidak perlu dan susun semula barangan tersebut selepas digunakan. Konsep ini telah diguna secara meluas pada tahun 1955 oleh Persatuan Keselamatan dan Kesihatan Industri Jepun (JISHA) bagi mempromosikan kempen keselamatan bagi industri-industeri di Negara tersebut.

Sebelum 5S diwujudkan, konsep 2S iaitu SISIH (Seiri) dan SUSUN (seiton) amat popular di Negara Jepun. Ketika itu, tumpuan hanya diberikan terhadap jaminan keselamatan di tempat kerja sahaja. Tetapi apabila timbul keperluan terhadap peningkatan produktiviti dan kualiti, pada tahun 1970an, konsep 2Stersebut telah mengalami evolusi dimana ia telah menjadi konsep 5S. Unsur SAPU (seiso), SERAGAM(Seiketsu) dan Displin (Shitsuke) telah ditambah menjadi konsep tersebut kini dikenali sebagai 5S.

Konsep 5S ini telah digunapakai di seluruh Jepun bagi membantu Jepun bangkit dari kemelesetan ekonomi selepas kalah pada Perang Dunia Kedua.Kemampuan dan keupayaan Jepun untuk bangkit menjadi kuasa ekonomi dunia adalah bukti keberkesanan amalan 5S di dalam industri.